Saturday 10 September 2011

Bagaimana Fakulti Boleh Membantu Kerjaya Kita ?

Dalam keadaan UTM telah menjadi Research University .........PHD, Postgraduate Supervision dan High Index Journal adalah sepatutnya menjadi mainan kita setiap hari. Sebagaimana intipati last monthly talk Dato' Zaini Ujang menyatakan beliau masih gagal meletakkan UTM dalam 200 universiti terbaik dalam penggal pertama beliau sebagai Naib Canselor UTM. Beliau merasakan kita masih belum dapat melahirkan satu sistem cara kerja yang berlaku di universiti di Jepun sebagaimana pengalaman Prof. Shafaie yang mana aktiviti menuju kearah penghasilan High Index Journal menjadi mainan hari-hari warga universiti disana.

Seluruh warga UTM sudah pasti bercita-cita mahu melihat ianya berlaku di UTM. Cuma transformasi ini perlu didukung bersama-sama.....oleh kumpulan Professor, Pensyarah dan warga Penyelidik semua......... dari cara kita bekerja ......sehinggalah penilaiaan KPI terhadap diri kita secara lebih telus dan adil untuk semua. Tidak ada pilih bulu. Skim Sayang Bos etc. Apa yang difahami kiniPHD tidak cukup kalau kita gagal menghasilkan High Index Journal dalam careeer kita setetusnya sebagai pensyarah di UTM.

Adakalanya bagi warga yang sudah berkhidmat lebih dari 20 tahun sebagai pensyarah dan tinggal 10 tahun lagi untuk berkhidmat amat tertekan untuk develope High Index Journal skill ini. Mungkin kelunggaran diberikan kepada mereka berhijrah ke institusi kerajaan yang lain adalah wajar bagi melihat mereka lebih berjaya diluar sana dibandingkan mereka masih di UTM untuk 10 tahun mendatang.

Sekiranya perpindahan Staf ini direstui oleh UTM makaYang tinggal di UTM adalah mereka-mereka yang sudah good in journal writing / publication . Maka ranking UTM akan lebih baik as what NC want to see happened next.InsyaAllah staf yang direstui berpindah ini akan membantu UTM dari luar menjadikan UTM tempat rujukan dan pengembangan ilmu dimasa mendatang. Semua kita akan lebih berjaya dalam proses transformasi UTM ini.  Ada yang berjaya di Dalam UTM dan ada yang berjaya di Luar UTM. Lebih ramai yang boleh berjaya di 10 tahun yang terakhir dalam kerjaya mereka.